Daurah
Al-Quran
(Terjemahan & Tafsiran)
1 Sya’ban – 20 Ramadhan 1448
(10 Januari – 27 Feb 2027)
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Tarikh Lapor Diri:
9 Januari 2027
Jadual Pengajian
9.30 pagi – 1.00 petang
selepas solat asar – 6.30 petang
selepas solat maghrib – 9.00 malam (kecuali Ramadhan)
SILA BACA DAN FAHAMI DENGAN TELITI SETIAP TERMA, SYARAT DAN PERATURAN SEBELUM ANDA MEMBUAT PENDAFTARAN
Terma & Syarat
Syarat Umum:
- Sila bawa mushaf Al-Quran terjemahan & alat tulis. Digalakkan membawa kitab tafsir untuk rujukan.
- Tiada yuran dikenakan, pengajian ini adalah PERCUMA
- Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas
- Bersedia mematuhi Terma & Syarat serta peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh pengajian
- Pendaftaran peserta Alumni yang bersedia menjadi pembimbing Muzakarah sangat dialu-alukan
- SANAD hanya diberi kepada peserta BUKAN ALUMNI berumur 18 tahun ke atas yang BERDAFTAR & memenuhi syarat kelayakan
- Peserta berumur 15-17 tahun dibenarkan menghadiri kuliah jika ditemani oleh ibu/bapa/penjaga (sama jantina dengan peserta)
- Jumlah kerusi dan meja adalah terhad (peserta lain perlu duduk bersila, rehal disediakan)
- Segera maklumkan kepada urusetia jika anda membatalkan pendaftaran atau menarik diri daripada menyertai pengajian
Syarat Khas Peserta WANITA:
- Bilik Kuliah untuk ibu yang membawa anak kecil TIDAK DISEDIAKAN
MAKLUMAN
ALUMNI BERMAKSUD PEMEGANG SANAD DAURAH TAFSIR / DAURAH AL-QURAN PONDOK DARUL ULOOM JERTEH
Terma & Syarat Kelayakan Sanad
Bagi peserta berumur 50 tahun ke bawah:
- Hadir penuh semua sesi kuliah (50 Hari)
- Hadir sesi muzakarah & memenuhi syarat muzakarah
- Lulus ujian
Bagi peserta berumur 51 tahun ke atas:
- Hadir penuh semua sesi kuliah (50 Hari)
- Hadir sesi muzakarah & memenuhi syarat muzakarah
Bagi pelajar madrasah berumur antara 13 hingga 17 tahun:
- Hadir penuh semua sesi kuliah (50 Hari) bersama guru atau penjaga dari madrasah masing-masing
- Hadir sesi muzakarah & memenuhi syarat muzakarah
- Lulus ujian
Peraturan
- Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita adalah DILARANG
- DILARANG MEROKOK dalam kawasan pondok (termasuklah vape dan rokok elektronik)
- DILARANG merakam video atau audio semasa kuliah berlangsungĀ
- Kenderaan hendaklah diletak di kawasan parkir yang disediakan
- Keselamatan diri, kenderaan dan harta benda peserta adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Penginapan Peserta Sepanjang Daurah
PENGINAPAN LELAKI:
- Tingkat atas masjid atau asrama pondok (dengan bayaran) disediakan untuk lelaki yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Terhad kepada 100 orang terawal sahaja
- Peserta perlu membawa sendiri peralatan/kelengkapan seperti alas tidur, kelambu dan lain-lain
Penginapan wanita atau berkeluarga tidak disediakan
Sila berhubung dengan Ustaz Ahmad Nordin (+6013 9899062) jika perlukan nombor telefon homestay berdekatan
Borang Pendaftaran
Bukan Alumni
Alumni
Semak Senarai Pendaftaran Anda
Bukan Alumni
Alumni
Talian Urusetia (whatsapp sahaja)
Tekan nama ustaz untuk hubungi: